Wednesday, August 27, 2014

Wahai kepala keluarga




Sebelum kahwin, aku mencari seorang suami yang boleh membimbing aku. Dia seorang yang bukan panas baran macam aku. Seorang yang suaranya lembut apabila berbicara. Seorang yang sabar dalam semua perkara. Boleh terima aku dengan seikhlas hati. Senang cerita, dia adalah lelaki yang pro dengan sikap negatif aku. Sebab aku tahu diri ini sangat lalang. Dari kecik aku dididik dengan kasar. Dari kecik Aku kurang kasih sayang. Aku kurang perhatian. Aku kurang mendapat sokongan. Aku selalu dimarah.
 Alhamdullilah Allah makbulkan sedikit permintaan aku untuk ciri suami idaman. Syukur. Mulalah kehidupan aku berumahtangga. Semenjak berkahwin, aku tinggalkan semua kawan-kawan aku. Temasuklah sahabat. Eh ada ke sahabat? Dialah tempat aku bergantung. Sekarang dah 4tahun kami bernikah. Kadang-kadang aku rasa macam aku terlalu kongkong kehidupan dia untuk lepak dengan kawan. Tapi bila pikir balik, aku lagi kesian. Duduk rumah 24jam dengan anak. Aku takda tempat nak berbual, takda tempat nak gelak kecuali dengan suami. Jadi, bila dia pergi mana2 tak ajak aku, aku rasa kecik hati. Lagi2 bila aku tengok muka anak, sebak dada. Ntah..aku sebak sangat. Aku taknak anak ini sama seperti aku ketika kecil. Aku taknak dia kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Aku taknak!!

Sunday, August 17, 2014

Milestone



Saya Sayang sangat anak ini. 

Buruk



Satu perangai buruk aku yg susah nak ubah, aku susah nak ada rasa tak suka kat orang, tapi kalau sekali aku dah tak suka, bayang dia pun aku tak boleh pandang. Bukan tanak. Tapi tak boleh.
Maaflah sangat sangat. Aku tak benci. Aku tak dendam. Aku dah pun maafkan. Tapi setakat itu sajelah.
Aku lemah bab ni. Aku tak gagah bila bab ni. 

4BIL

Tuesday, August 12, 2014

Sahabat

Sahabat bukan siapa yang kamu kenal paling lama. Sahabat ialah orang yang berdamping dan berjalan seiringan dengan kamu.

Kadangkala, aku takut nak mengaku yang aku punyai sahabat yang asal usul dari bernama kawan. Sebab setiap kali aku pikir tentang sahabat, aku jadi takut, fobia, serik dan risau. Tapi betul ke aku ada sahabat? aku tak tahu! Suatu ketika dulu, aku punyai sahabat. Tapi semuanya berubah. berubah menjadi musuh paling kejam yang pernah ada dalam hidup aku. Silap aku juga kerana mengaku dan melabelkan dia sahabat aku. Kami berkongsi kesedihan, kegembiraan dan bermacam-macam lagi. 

Sekarang, dari jauh aku melihat dia. Terkadang, aku merindui ketika kami bersahabat. Tapi pada masa yang sama, perasaan benci itu masih ada untuk dia. Aku terpikir, kenapa mesti aku jadi mangsa kawan makan kawan dia? Apakah silap aku pada dia?  Adakah dia mencemburui aku selama ini? Waktu itu, aku terlalu dan tersangat bencikan dia. Kami masih bersahabat jikalau dia tidak makan aku. Tapi semuanya betul-betul sudah terlambat. Serius.  Ianya tidak sama seperti dahulu jika kami berbaik semula. 

5 tahun sudah berlalu. Aku masih ingat tapi biarlah kenangan itu mengalir. Alhamdullilah, setiap kejadian ada hikmah. Sekarang aku punyai Suami sebagai sahabat aku dunia akhirat. Baru aku sedar apa erti sahabat.


Tuesday, July 1, 2014

CHRONOLOGICAL OF AKHTAR MUNAQIL

Salam..

Sudah lama aku tak tulis apa-apa dalam blog. Kekangan masa dan aku tak pandai mencuri masa untuk menulis. Alhamdullilah, aku mengandung anak no. 2. Sekarang dah 6 bulan. Anak pertama aku dah 2 tahun 6 bulan. 

Terasa teringin pulak nak cerita detik-detik melahirkan Aqil.

9.00mlm 31hb Dis 2011 : Perut makin tak selesa. Bunyi orang karaoke depan rumah, lagilah aku rasa tak selesa. Lebih kurang jam 10.30mlm gitu, aku paksa mata untuk tidur. Biasalah hampir-hampir waktu bersalin, insomnia tu makin kuat. Waktu ni dari aku mengandung 7bln sampai nak bersalin, aku lebih selesa tidur atas kerusi. Mungkin sebab badan boleh sandar dan senang duduk bangun nak pergi bilik air. Walaupun suami dah siap sediakan bawak turun katil bujang letak kat ruang tamu, tapi aku lebih selesa tidur atas kerusi. Jadi, suami tidur atas katil bujang bertentangan kepala dengan aku.

1.30pagi 1hb Jan 2012 : Macam biasa bangun terasa nak kencing. Aku bangun je, terus ada air meleleh. Dalam hati kata, " eh, apesal ni......aku  tahan kencing tapi meleleh jugak". Masuk bilik air, aku kencing macam biasa. Tapi tak berhenti pulak air keluar. Aku simbah dua kali, tak berhenti jugak. Haish..Dah nak bersalin ni. Anak pertama, aku dan suami memang tak tahu dan takda pengalaman. Kami cuma cedok dari orang yang dah ada anak dan google je. Aku panggil suami 3 kali, eh tak bangun! tido mati! masuk kali ke empat, aku jerit panggil nama dia. Bingkas bangun. Aku bagitahu air ketuban dah pecah dan minta tolong ambilkan kain batik, pad dan barang-barang aku. Dia pun dengan kelam kabut bangun siap-siap, terus bawak aku pergi wad bersalin. Dalam perjalanan, aku tak rasa sikit pun sakit. Cuma air ketuban keluar memang tak boleh dibendung lagi. 


2.00pagi 1hb Jan 2012 : Sampai Wad Bersalin, Suami letak aku kat kerusi roda dan mak guard situ sorong aku masuk dalam sementara suami parking kereta. Masuk dalam wad, Nurse tanya kenapa. Aku cakap air ketuban dah pecah. Lepas tu dia bagi aku 1 set baju warna pink. Masa nak pergi tandas salin baju, air ketuban dah meleleh atas lantai. Aku tak kesah dah waktu tu sebab nama pun wad bersalin, orang mesti faham. Lepas salin, Nurse suruh baring atas katil dalam bilik kecik untuk cek jantung baby. Aku pun baring. Dalam masa baring aku dah tak selesa bukan sebab kontraksi tapi sebab kain dah basah lencun! Nurse cek bukaan baru 2cm. Tak beberapa lama lepas tu, doktor masuk pula cek bukaan. Doktor kata baru bukak 2cm juga dan doktor buat keputusan untuk hantar aku ke Hospital Sultanah Aminah JB sebab lambat buka jalan (kemungkinan aku kena operate).. Ya Allah, Aku masih berdoa dan meminta yang aku tak nak operate. Mungkin nurse panggil Suami aku masuk, dia tanya ok ke tak. Aku cakap ok tak sakit lagi cuma air ketuban keluar tak henti. Jadi, aku minta hp untuk telefon mak aku bagitahu aku dah nak bersalin. Kebetulan mak aku pergi tidur rumah akak sulung di Johor. Sementara tu, nurse siap-siapkan dokumen dan ambulan untuk hantar aku ke HSA.

Dalam ambulan, nurse pegang tangan aku. nurse kata selawat, zikir. Mulut aku tak henti2 selawat, dan baca ayat kursi. Waktu ni aku dah rasa sedikit kotraksi. Tapi masih ok lagi. Sampai je HSA, bukak je pintu ambulans, suami terpacak depan pintu ambulan. Terperanjat aku. Dah tak pikir lagi dah kenapa laju benor orang tua ni sampai dulu. Padahal ambulan lagi laju kot.ahahhahah.

Nurse sorong aku, keluar lif, masuk lif. Sampai satu bilik, tak silap bilik cek jantung baby jugak kot. Nurse situ tanya aku last makan jam berapa. Aku jawab jam 10.00mlm. tu pun aku makan roti. Lepas tu nurse cucuk ubat. tak sampai beberapa saat, aku muntah. aku panggil nurse. Nurse suruh tukar lagi baju. Waktu ni dah rasa sangat kontraksi. Allah (menangis). Nurse tanya siapa nama suami sebab nak panggil masuk. Suami aku masuk tengok aku. Aku dah tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan waktu ni. Cuma mampu tengok muka dia dan nangis je. Lepas tu suami keluar. Ada doktor pelatih cina suruh aku sign beberapa borang. aku tanya borang apa. Doktor kata borang untuk operate. Aku cakap la yang aku taknak operate, nak bersalin normal. Tapi doktor paksa jugak operate sebab bukaan baru bukak 4cm.

Jantung aku berdebar-debar. mulut tak henti subhanallah, astaqfirullah, ya allah, ayat kursi.  Tak tahu dah jam berapa. Doktor pakar masuk cek aku, cek jantung baby.. Dia cakap kat doktor pelatih kenapa nak operate?heartbeat baby ok, ibu pun ok. Just proceed normal birth. Ya Allah....... Kau makbulkan permintaan aku. Lepas tu nurse suruh pindah katil dan sorong aku masuk dalam bilik bersalin. Dalam bilik tu hanya ada satu katil dan peralatan bersalin. Sakit sangat macam nak mati rasanya. Aku tengok jam kat kepala baru 5 pagi. Ya Allah... macam ni sakitnya mak aku lahirkan aku. Aku cakap kat nurse tak tahan sakit. Dia suruh aku sedut oksigen ada belah kiri..bila sedut, dalam 3 saat je hilang sakit, pastu sakit semula. Aku dah tak tentu arah. Suami masuk, dia pegang tangan aku, genggam tangan aku. Aku cakap kat dia, aku taknak beranak lagi.hehehhe..dia pun angguk-angguk kepala. Aku nak kencing. Nurse suruh suami keluar kejap. aku nak pergi tandas, nurse tak bagi...adohai....kena cucuk tiub kecik masuk pundi kencing..ngilu, Ya Allah!!!!.. Aku menahan sakit kontraksi sampai jam 6 pagi. Beberapa doktor masuk bilik, cek bukaan, dia kata baru 6 cm dan jangan risau, you dan baby ok. Jam 10 pagi baru proceed bersalin. Waktu ni aku betul-betul ngantuk dan letih.

Suami aku masuk semula dalam bilik. Aku cakap tak tahan sakit. Nurse cucuk ubat tahan sakit kat bontot. Aku rasa tak sampai 4 minit, sakit tu datang balik. Ya Allah........Aku tengok jam baru 8.30 pagi. Ada lagi 2 jam untuk aku hadapi. Aku dah tak tentu arah. Pusing kiri, kanan...duduk takleh sebab nurse tak bagi. Nafas makin sempit. Waktu ni memang nyawa macam nak tercabut. Suami aku keluar...aku sorang-sorang dalam bilik. Air mata dah takda nak menangis. Aku cuma mampu sedut oksigen dan terlelap beberapa saat. Dah nak dekat jam 10.00pagi, aku rasa macam nak terberak. Aku panggil nurse. Nurse pun kelam kabut siap itu ini sepantas kilat. Doktor cek bukaan, aku dengar dia kata dah 8cm. Dalam sekelip mata, penuh satu bilik aku dengan nurse 8orang, doktor perempuan melayu 2 orang. Ya Allah, kau makbulkan lagi permintaan aku untuk nurse perempuan islam sambut anak aku. 

Nurse suruh teran tapi aku tak pandai. Nurse suruh curi nafas tapi aku tak pandai. Nurse kata macam nak berak tapi di tahan, aku memaang tak pandai. Aku macam dah nak putus asa tapi aku nekad nak teran jugak. Kebetulan dah 3 hari aku tak berak, amek kau...lega tahi keluar. ahahhaha..

Dipendekkan citer, alhamdullilah lahir Aqil..tak nangis. Aku tengok nurse tepuk-tepuk bontot dia. Aku macam nak pengsan sebab letih dan ngantuk. Doktor pakar masuk, dia tanya dokto pelatih kenapa tak jahit lagi sebab aku bleeding banyak dan patient bole collapse or die. Aku dengar setiap perkataan yang doktor tu cakap. kelam kabut dokto jahit..Jantung aku masih tak stabil. Darah kurang 3 pax. Dalam masa mamai, suami masuk,dia  tengok aku dengan senyuman dan azan iqamat di tlinga aqil. Nurse suruh laki aku keluar semula. Nurse suruh aku pindah katil. Aku memang tak larat nak bangun atau angkat punggung tapi nurse paksa. Nak tak nak, aku kuatkan semangat angkat punggung. Rupa-rupanya aku kena masuk icu sebab jantung aku tak stabil dengan darah.

Aku tidur sepuas-puasnya. Takda nak pikir mana anak aku. Aku rehat. Buka mata kejap, tidur balik. Bila aku bangun, lapar dan rasa nak kencing. Nurse baik hati mandikan, pakaikan pad, sikat rambut aku. bagi aku air milo dan biskut. Memang letih.

Esoknya doktor yang incharge aku masuk, dia tanya awak ok ke?jantung awak masih lemah. Aku cakap ok..

penat taip...sambung nanti la yea...

anak bangun dah ni.
salam