Sunday, November 25, 2012

pelik betul

Apesal eh semenjak dua menjak ni aku rasa orang sekeliling aku ni palsu belaka?




Thursday, November 22, 2012

Duka Lara

Hanya keluhan hati resah sahaja dilakukan. Hanya Tuhan  dan aku sahaja tahu apa yang tersirat dalam hati. Tidak akan aku luahkan kesemuanya kepada sesiapa. Terkadang aku rasa hampa dengan diri aku sendiri. Banyak sebab untuk aku kongsi, tapi biarlah aku simpan dahulu buat kenangan dalam hati. Aku rasa diri aku macam seorang yang sangat rendah dimata manusia, apentah lagi dimata yang maha pencipta. Sebab pernah seorang berkata, hidup segan mati tak mahu. Walaupun gurauan senda, ia terpalit dihati yang sudah luka.

Hampir 2 tahun terperok dirumah tanpa berbuat apa apa. Sekarang aku cuba untuk bangun semula. Untuk membantu keluarga. Aku cuba buat yang terbaik untuk mereka. Aku cuba sedaya upaya. Ya, mungkin ianya baru tapi malam ini aku betul betul rasa hampa, sedih, duka.

Apabila di temuduga berulangkali, jawapannya sama sahaja. Aku hampa tapi aku redha. Walaupun tidak mengharap ia terjadi, tapi aku cuba terpaksa ia akan terjadi untuk kesenangan keluarga. Aku  betul betul rasa hampa.

Dilihat muka anak, aku sedih, hampa, duka. Ibarat aku berada dalam duniaku sendiri tanpa ada sesiapa.Aku rasa macam sudah tidak berguna lagi diri aku untuk si kecil ini. Sepatutnya dia bukan berada dalam masaalah aku. Aku sahaja yang banyak buat masaalah, dan aku akui itu.

Sebenarnya aku tidak layak untuk si dia, aku juga tidak layak untuk wujud didalam keluarga dia. Aku juga tidak layak untuk mengasihi dia. Ia terjadi mungkin takdir Tuhan sahaja. 

Aku tidak mampu untuk membuat makanan yang lazat lazat belaka. Aku tidak mampu untuk memasak apa apa. Aku tidak mampu untuk itu.Aku rasa hampa. Walaupun sudah berlalu lama, tetapi masih terpahat dihati. Bila engkau tanya, aku mudah lupa untuk ingat semula. Tapi dikala sedih berduka, pasti aku ingat setiap kata-kata.

Aku tidak sempurna dimata Tuhan dan di mata sesiapa pun manusia. Sehinggakan aku rasa manusia dan orang disekeliling aku adalah lakonan semata-mata. Senyuman yang palsu, gurauan yang palsu, pujukan yang palsu. Sehinggakan aku rasa tidak patut untuk berbaik dengan mereka. Sedangkan pada masa yang sama, aku juga sedang berlakon untuk jadi seperti mereka. Aku cuba yang terbaik.

Wassalam.




Monday, November 19, 2012

Kebahagiaan

 Ini bukan kisah benar.

Buat masa sekarang ini, saya sangat bahagia dengan keluarga saya,
Walaupun kekadang hidup kami ibarat kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang,
Sangat bersyukur kerana dikurniakan dengan keluarga yang begini rupa.

Jikalau saya bekerja, perasaan marah, sakit hati, 
tension kerja akan menyelubungi diri ini,
Jadi, biarlah Tuhan yang tentukan mana lebih layak rezeki kami.

Saya sangat bahagia bila dapat lihat anak membesar depan mata sendiri,
Walaupun kekadang tengok orang lain pakai beg jenama, seluar jenama, pakaian jenama, saya jadi cemburu,
Tapi saya tahu, itu hanyalah pinjaman sementara di duniawi.

Saya sangat bahagia sekarang walaupun duduk rumah 
hanya menjaga anak,
Apabila ada kawan-kawan 'update status' bahawa mereka 
berjalan sana sini, 'shoping' sana sini,
saya jadi sangat cemburu, 
kerana suatu ketika dahulu, saya seperti mereka juga,
Tapi saya tahu, ilmu bekalan di akhirat lagi penting dari itu semua.

Kekadang sifat mazmumah menerjah dalam hati dan jiwa saya,
Saya merenung semula siapa diri saya,
Saya berfikir sejenak seketika,
Tidak sepatutnya saya sebegitu rupa.

Allah maha besar dan tahu segala-galanya,
Saya cuma berusaha  dan bertawakal sahaja.

Sekian


Thursday, June 7, 2012

Secebis Otak

Tiga Menjak ini, cara nukilan sedih dan macam menagih simpati..Tapi sebenarnya tidak! Itu hanyallah luahan semata-mata dari hati dan otak yang tengah bersarang. Jika 2 Tahun dahulu, saya ada pasang niat yang mahu meluahkan semua yang terbenak dalam otak selepas mempunyai 'Cahaya Si Kecik' dan saya mahu kongsi bersama. Niat itu terbantut disebabkan pelbagai sebab... (maaf tak dapat dinyatakan)

Ada ke lagi orang berebut-rebut ingin membeli otak-otak yang sudah basi ini? Rasanya macam tak ada... Bila dah tak ada pembeli, mulalah si pembuat otak-otak memberhentikan operasi. Tapi saya masih berjalan dan terus beroperasi sehingga tercetusnya penulisan ini... Alhamdullilah...

Tadi, pergi menziarah keluarga si mati..Percayalah pada takdir dan redha bahawa nyawa itu bukan untuk kita selama-lamanya. Ia hanya LOAN yang diberi oleh-Nya dan bila sampai masa, LOAN itu ditarik semula. Muda atau tua, tiada penyakit atau tidak..Insyaallah akan pergi juga...


Sekian.




Keprihatinan


Ya Allah, 
ampunilah dosa-dosa silamku..
Jikalau Engkau ingin menghapuskan dosaku, 
berilah aku dugaan dari Engkau Ya Allah. 
Janganlah Engkau tempiaskan dugaan itu pada anakku Ya Allah..
Aku bermohon padaMu. 
Sesungguhnya Kau maha pengampun, Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Tuhan ku…
Kau berilah rahmat dan keberkatan untuk anak ini Ya Allah.
Janganlah Engkau menduga anak ini dengan dugaan hebat tatkala ia masih kecil lagi. Sesungguhnya Kau maha pengampun, Maha Mendengar lagi Maha Penyayang..


Sunday, May 6, 2012

sekotak katik

Terkadang aku mengeluh dengan dugaan yang Engkau beri,
Terkadang aku bersyukur dengan dugaan yang Engkau beri,
Aku tahu disebalik kepayahan dan kesusahan yang Engkau duga,
Mesti ada setitik bahgia yang aku terima.

Alhamdullilah,
Hari ini aku masih bernafas lagi dibumi yang nyata,
Aku masih melihat lagi anak dan suami,
Aku bersyukur kepada Engkau kerana kurniakan mereka berdua.

Bermula hari ini,
Kami mulakan kehidupan tanpa kereta,
Aqil kata tak apa Ayah dan Ummi.
Terima kasih kepada mereks-mereka,
Kerana memberi kemudahan kepada kami,
Memberi sumbangan wang juga.

Aku bersabar dengan apa yang sedang dilalui,
Kami bersabar, bertawakal, bersyukur dengan apa yang ada,
tapi bila cukup 'bulan',
kami tertekan dengan perkara dunia.

Insyaallah kalau ada rezeki,
Aku mahu bekerja,
Bantu keluarga.
Cuma Aqil bagaimana?

Setiap kali aku tatap wajah anakku,
Hujan mula menitis dipipi,
tak sampai hati tinggal dia,
sebab dia suka tidur bawah ketiak aku. hihihi


Thursday, May 3, 2012

Akhtar Munaqil

Tak kisah anak lelaki atau perempuan,
Mereka mesti ada demam atau sakit,
Cuma kita tidak sedar atau tidak tahu apa kesakitan itu…
Hanya nangis saja dapat diucapkan oleh si kecik.

Ada juga tertekan bila adanya anak kecik,
Tak lupa juga ada yang mengeluh,
Aku pernah rasa perasaan yang sama,
Ini anak aku dan suami.

Bila anak demam,
Kami yang gelabah,
Kami yang pilu,
Kami  risau,
Kami  sedih,
Kami tak cukup tidur,
Kami tak cukup rehat,
Kami tak lapar,
Kami juga macam demam.

Tak usah sibuk sangat dengan hal lain lain,
Anak lagi penting,
Aku setuju dengan kenyataan diberi orang tua-tua.

Adanya anak,
Aku lupa kawan,
Aku lupa sahabat,
Aku lupa makan,
Aku lupa tidur,
Aku lupa nak tengok tv,
Aku lupa nak tengok cerita kegemaran aku,
Aku lupa nak lepak dengan makcik-makcik depan rumah,
Aku lupa nak telefon orang lain,
Aku lupa tarikh,
Aku lupa hari,
Aku lupa bila kali terakhir aku topup handfon,
Cuma aku ingat,
Aku sudah ada tanggungjawab sebagai UMMI, ISTERI, MUSLIMAH.

Dalam tv dan angan-angan,
Tengok orang ada anak,
Macam bahagia,
Macam tak susah jaga budak kecik,
Macam petik jari. (AHAHAHA)




Friday, March 30, 2012

Wahai berlian Ku..

Wahai Anakku,
Cepatlah Engkau kebah dari demam,
Ummi  risau akan kesihatan Mu..

Wahai Anakku,
Cepatlah Engkau Kebah dari segala penyakit,
Ummi Sayang akan diri Mu..

Wahai Anakku,
Cepatlah Engkau kebah dari keretakkan kepala,
Ummi risau akan kecerdasan Mu..

Wahai Anakku,
Kamu dilahirkan sebagai anak sulung,
Bukan untuk dimanja,
Tetapi beruntungnya Kamu,
Kerana kamu bersama Ummi dan Ayah,
Dapat melalui pahit manis susah dan duka..

Wahai Anakku,
Tidak Ummi duga begini rupa dugaan untuk kamu..

Wahai Anakku, 
Ummi tahu kamu tabah seperti Ummi dan Ayah,

Wahai Anakku,
Baru berusia 2bulan 25hari,
Kamu sudah mengalami sesuatu yang berbahaya,

Wahai Anakku,
Ummi dan Ayah akan melindungi kamu..
Maafkan kami kerana CUAI menjaga kamu..

Wahai Anakku,
Maaf kami kerana dosa kami,
Kamu terkena tempias dari-Nya.....



KM282.6..EXT Nilai..Lebuhraya Utara- Selatan


Saturday, March 10, 2012

Suri Rumah Sepenuh Masa

Kekadang rasa memberontak pada keadaan sekeliling. 
Memberontak tidak melihat dunia di luar.
Memeberontak tidak dapat memiliki apa yang dimahukan.
Memberontak kerana masa diluangkan untuk anak dan isteri sekejap sahaja.

Bukan mengeluh atau menyesal...
CUMA mahukan sedikit ruang bagi perkara berlawan diatas.


ALHAMDULLILAH..INI BAYI KAMI 


Akhtar Munaqil Bin Rosnizam
1hb Januari 2012
Berat lahir 3.6kg