Friday, October 21, 2011

Fasa Ke-empat

Zup zap zup zap..sudah hampir 2 tahun melalui fasa ketiga. Fasa pertama dunia remaja yang penuh dengan jiwa yang bergelodak dan memberontak. Dunia minda yang hanya mengerti keseronokan. Fasa kedua adalah alam dewasa, dan cuba mengenali setiap kehidupan yang dilalui. Ingin merasa sesuatu yang baru yang menyeronokkan. Fasa ketiga, alam perkahwinan dimana setiap perkara tidak boleh dibuat secara terburu-buru. Berbincang, bertolak ansur dan memahami setiap perkara yang pernah dilalui,sedang dilalui dan akan dilalui.Fasa ke-empat, menerima kehadiran cahaya baru di dalam alam rumahtangga.






"Selamat datang Nukilan yang setia Kurniaan Allah."

Thursday, October 20, 2011

rumah sakit kucing

Sudah 4 hari beliau menderita sakit. Tapi melihat pada wajahnya,beliau sangat kuat menahan sakit sambil buat muka selamba je. Apa-apa pun, beliau tetap yang terhebat lebih hebat dari binatang lain.

Oleh kerana sifat simpati menebal dalam diri tuan empunya, beliau telah dibawa menaikki kirita melalui jalan darat. Kerana jalan darat sahaja yang ada disini. Mulut beliau terkumat kamit sambil merenung tajam ke arah tuan empunya. Mungkin rimas atau lemas sebab jarang sekali menaikki kirita menyebabkan beliau seolah-olah ingin menceritakan sesuatu yang menyiksakan.

Hampir 20minit disucikan....tuan empunya pula berasa dunia gelap seketika. Berehat sebentar sambil menutup kelopak mata. Ya Allah kuatkan semangat aku, Aku kuat untuk lalui hari ini walaupun seluruh tubuh kulitku mengigil. Itulah doa tuan empunya supaya gigih membawa pulang kereta dan beliau.

Alhamdullillah beliau berdua sekarang dalam keadaan sihat kecual tuan empunya yang tidak berapa sihat..




Jakun & Loso

Wednesday, October 19, 2011

Tertidak sengaja

Sekarang rasa masa hampir lambat berlalu. Cicak-cicak yang berkejaran disiling akan mengejutkan saya hampir setiap malam dan waktu yang sama. Ditambah dengan keletihan turun eskelator setiap 2jam.

Kucing mengaung setiap pagi untuk makan. Saya melihat tarikh temujanji lambat lagi 2 hari. melihat akan keadaan cuaca yang selalu warna kuning keorenan, saya alpa. Tapi selepas membersihkan diri dari kuman melekat dibadan, lihat semula tarikh sudah terlepas dua hari. Alahai mak buyut......

7 bulan

Entah beberapa kali niat menerbitkan entri saya terbantut. Jika sudah mempunyai anak 2 bulan akan datang, sudah pasti masa agak mencumburi untuk menjengah blog yang sudah basi ini.

Pada pembaca yang masih setia (Saya tak fikir mereka masih ada), jangan berputus asa membaca. Saya pasti blog ini tidak akan berakhir lagi. Hanya masa yang menentukannya untuk bercerita. Mungkin lama atau seketika saja.

Sewaktu ini, saya sedang menaip sambil ditendang-tendang si comel. Usia 7 bulan mungkin sudah kira matang didalam bagasi saya. Cuma tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk membuka hadiah yang diberi oleh Suami. Pada suatu ketika, Si comel diam tanpa bertendang. Memandangkan saya seorang ibu yang prihatin, rumah sakit jadi aduan. Ditahan 5 jam untuk pemeriksaan. Sang doktor cina mari, si comel takut terus tendang-tendang dengan kuat sambil berpusing 45%. Bagus!! Ini yang saya mahukan.

Sampai disini sahaja. Salam

Friday, August 5, 2011

kapasiti

Indahnya hidup bila dihujani kebebasan piutang . Tetapi tidak indahnya hidup bila dipenuhi dengan kesengsaraan.Bukan mahu mengeluh tetapi kecewa dengan diri sendiri ketika muda dulu kala tanpa berfikir panjang seketika.

Apabila masa sekarang menjelma, menyesal pun sudah tak guna. Orang selalu cakap, " Tara guna kenang perkara lepas"..  Bosan memikirkan perkara yang sama setiap hari. Mata terpejam celik menghadap siling. Menghitung hari-hari yang penuh dengan jadual sama.Sambil nonton TV asyik keluar kronologi cerita sama kecuali cerita Wanita Hari Ini, aku adalah penonton setia.

Mustahil dengan merenung dinding aku dapat menyelesaikan masaalah. Aku mesti bertindak dengan sesuatu perkara. Tetapi apakan daya, badan sudah berdua. Bergerak guna kaki dua, tak larat pun ada. Pasrah sajalah....

Nota: Itulah....selalu lalulah dengar kata orang tua yang lebih berpengalaman dari dengar kata nafsu dan hati yang tepu...


Thursday, July 21, 2011

Minggu ke-16





Alhamdullilah dalam kesulitan dan kepayahan dengan ujian-Nya, kami dikurniakan orang ketiga. Bagi kami walaupun Dia ambil semula nikmat duniawi tapi Dia telah anugerahkan kepada kami permata dan harta yang tiada nilai bandingnya. Kau maha adil....

Tuesday, July 19, 2011

Tabahkanlah Hati Kami


Sejak 3 bulan kebelakangan ini, hidup kami menjadi semakin kritikal. Perasaan masing-masing seperti berkecamuk dan semakin tertekan. Kami tidak dapat menanggung beban dan pelbagai ujian telah datang sehingga kadangkala hati kami menjadi lemah dan kosong. Hati kami menjadi terumbang-ambing seperti hilang arah. Kami sedar dan kami tahu, Allah SWT sedang menguji hidup kami. Semasa kami leka dan lalai dengan hidup kami, kami rasakan dunia ini seperti milik kami. Apa saja keperluan dan kehendak kami, ditunaikan. Dan kami sedar dan kami tahu, Allah SWT ingin menganurahkan kami sesuatu hadiah yang bernilai.


Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Hadis Riwayat Muslim)



Huraiannya :




Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan.


Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya larangan-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan.


Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya.


Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat).


Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak.

*** Kata-kata hikmah :
        -  Jika kamu leka dengan dunia dan kamu lupakan akhirat, Tuhan akan beri kamu kenikmatan dunia sebagai syurga hidup kamu. Jika kamu telah menyesal, bersabarlah bahawa ujian Tuhan itu untuk mereka yang pertahankan keimanannya dan sesungguhnya kesudahan yang elok hanya bagi orang-orang yang bersabar.

Ya Allah, Permudahkan Urusan Kami

 Hampir genap 1 tahun, kami memulakan hidup bersama dan kami akan memiliki orang yang ketiga. Kami redha dan pasrah dengan setiap dugaan dan cabaran hidup yang semakin hebat. Hari demi hari, hidup kami semakin tertekan dan itu tidak menjadi alasan bagi kami untuk terus berusaha memulihkan keadaan kami. Kami sedar akan setiap kesilapan dan kesalahan yang pernah kami lakukan.

Ya Allah, tiada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.