Thursday, February 28, 2013

TIDAK TERDUGA

Abaikan saja apa yang telah tertulis di episod lepas. Kita buka kelas baru, murid baru, semuanya baru.

Hendak bercerita tentang si kecil yang baru pandai berjala seaktu berumur 1tahun 1bulan 9hari.
Tetapi, sebelum berjalan, bermacam cerita realiti terjadi. Demam, tonsil, ulser...Badan kering sehingga tidak mahu menyusu. Upahnya....Nah!!!berjalan tak reti letih. Letih juga dibuatnya..Tapi, itulah perkembangan dia.
Betullah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tidak pasti sama ada pembaca ada cetak ke tidak setiap ayat yang ada dalam blog ini. Tapi firasat mengatakan YA. Ada orang sedang intip dalam senyap. Tidak mengapa, saya halalkan sahaja untuk anda.
Walaupun blog ini hampir ditumbuhi kulat, saya tetap membersihkannya.

Alhamdullilah, perniagaan secara kecil-kecilan semakin meningkat. Baru hendak merangkak, belum tatih, belum berjalan lagi. Banyak cabang sedang dilakukan, jual rempeyek, bantal kekabu, buat kuih, baiki komputer.

 Saya harap KAMU boleh sokong kami. Like saja page FB www.facebook.com/kekabuoutletstore. 

Ianya bukan kerana duit semata-mata. Tapi kerana minat yang mendalam dalam bidang niaga. Moga Allah  merestui kami sekeluarga.

Alhamdullilah, disebalik kepayahan, ada juga cahaya. Allah memang sayangkan kami. Dia duga kami dengan pelbagai dugaan sebelum anugerahkan kami dengan sedikit senyuman. Betullah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.