Indahnya hidup bila dihujani kebebasan piutang . Tetapi tidak indahnya hidup bila dipenuhi dengan kesengsaraan.Bukan mahu mengeluh tetapi kecewa dengan diri sendiri ketika muda dulu kala tanpa berfikir panjang seketika.
Apabila masa sekarang menjelma, menyesal pun sudah tak guna. Orang selalu cakap, " Tara guna kenang perkara lepas".. Bosan memikirkan perkara yang sama setiap hari. Mata terpejam celik menghadap siling. Menghitung hari-hari yang penuh dengan jadual sama.Sambil nonton TV asyik keluar kronologi cerita sama kecuali cerita Wanita Hari Ini, aku adalah penonton setia.
Mustahil dengan merenung dinding aku dapat menyelesaikan masaalah. Aku mesti bertindak dengan sesuatu perkara. Tetapi apakan daya, badan sudah berdua. Bergerak guna kaki dua, tak larat pun ada. Pasrah sajalah....
Nota: Itulah....selalu lalulah dengar kata orang tua yang lebih berpengalaman dari dengar kata nafsu dan hati yang tepu...
2 comments:
problem hunny??
be strong ya..!
masalah kenidupan skang ni...
kau ktner skang?blaja lg?
Post a Comment