Sahabat bukan siapa yang kamu kenal paling lama. Sahabat ialah orang yang berdamping dan berjalan seiringan dengan kamu.
Kadangkala, aku takut nak mengaku yang aku punyai sahabat yang asal usul dari bernama kawan. Sebab setiap kali aku pikir tentang sahabat, aku jadi takut, fobia, serik dan risau. Tapi betul ke aku ada sahabat? aku tak tahu! Suatu ketika dulu, aku punyai sahabat. Tapi semuanya berubah. berubah menjadi musuh paling kejam yang pernah ada dalam hidup aku. Silap aku juga kerana mengaku dan melabelkan dia sahabat aku. Kami berkongsi kesedihan, kegembiraan dan bermacam-macam lagi.
Sekarang, dari jauh aku melihat dia. Terkadang, aku merindui ketika kami bersahabat. Tapi pada masa yang sama, perasaan benci itu masih ada untuk dia. Aku terpikir, kenapa mesti aku jadi mangsa kawan makan kawan dia? Apakah silap aku pada dia? Adakah dia mencemburui aku selama ini? Waktu itu, aku terlalu dan tersangat bencikan dia. Kami masih bersahabat jikalau dia tidak makan aku. Tapi semuanya betul-betul sudah terlambat. Serius. Ianya tidak sama seperti dahulu jika kami berbaik semula.
5 tahun sudah berlalu. Aku masih ingat tapi biarlah kenangan itu mengalir. Alhamdullilah, setiap kejadian ada hikmah. Sekarang aku punyai Suami sebagai sahabat aku dunia akhirat. Baru aku sedar apa erti sahabat.
No comments:
Post a Comment