Wednesday, August 27, 2014

Wahai kepala keluarga




Sebelum kahwin, aku mencari seorang suami yang boleh membimbing aku. Dia seorang yang bukan panas baran macam aku. Seorang yang suaranya lembut apabila berbicara. Seorang yang sabar dalam semua perkara. Boleh terima aku dengan seikhlas hati. Senang cerita, dia adalah lelaki yang pro dengan sikap negatif aku. Sebab aku tahu diri ini sangat lalang. Dari kecik aku dididik dengan kasar. Dari kecik Aku kurang kasih sayang. Aku kurang perhatian. Aku kurang mendapat sokongan. Aku selalu dimarah.
 Alhamdullilah Allah makbulkan sedikit permintaan aku untuk ciri suami idaman. Syukur. Mulalah kehidupan aku berumahtangga. Semenjak berkahwin, aku tinggalkan semua kawan-kawan aku. Temasuklah sahabat. Eh ada ke sahabat? Dialah tempat aku bergantung. Sekarang dah 4tahun kami bernikah. Kadang-kadang aku rasa macam aku terlalu kongkong kehidupan dia untuk lepak dengan kawan. Tapi bila pikir balik, aku lagi kesian. Duduk rumah 24jam dengan anak. Aku takda tempat nak berbual, takda tempat nak gelak kecuali dengan suami. Jadi, bila dia pergi mana2 tak ajak aku, aku rasa kecik hati. Lagi2 bila aku tengok muka anak, sebak dada. Ntah..aku sebak sangat. Aku taknak anak ini sama seperti aku ketika kecil. Aku taknak dia kurang kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Aku taknak!!

Sunday, August 17, 2014

Milestone



Saya Sayang sangat anak ini. 

Buruk



Satu perangai buruk aku yg susah nak ubah, aku susah nak ada rasa tak suka kat orang, tapi kalau sekali aku dah tak suka, bayang dia pun aku tak boleh pandang. Bukan tanak. Tapi tak boleh.
Maaflah sangat sangat. Aku tak benci. Aku tak dendam. Aku dah pun maafkan. Tapi setakat itu sajelah.
Aku lemah bab ni. Aku tak gagah bila bab ni. 

4BIL

Tuesday, August 12, 2014

Sahabat

Sahabat bukan siapa yang kamu kenal paling lama. Sahabat ialah orang yang berdamping dan berjalan seiringan dengan kamu.

Kadangkala, aku takut nak mengaku yang aku punyai sahabat yang asal usul dari bernama kawan. Sebab setiap kali aku pikir tentang sahabat, aku jadi takut, fobia, serik dan risau. Tapi betul ke aku ada sahabat? aku tak tahu! Suatu ketika dulu, aku punyai sahabat. Tapi semuanya berubah. berubah menjadi musuh paling kejam yang pernah ada dalam hidup aku. Silap aku juga kerana mengaku dan melabelkan dia sahabat aku. Kami berkongsi kesedihan, kegembiraan dan bermacam-macam lagi. 

Sekarang, dari jauh aku melihat dia. Terkadang, aku merindui ketika kami bersahabat. Tapi pada masa yang sama, perasaan benci itu masih ada untuk dia. Aku terpikir, kenapa mesti aku jadi mangsa kawan makan kawan dia? Apakah silap aku pada dia?  Adakah dia mencemburui aku selama ini? Waktu itu, aku terlalu dan tersangat bencikan dia. Kami masih bersahabat jikalau dia tidak makan aku. Tapi semuanya betul-betul sudah terlambat. Serius.  Ianya tidak sama seperti dahulu jika kami berbaik semula. 

5 tahun sudah berlalu. Aku masih ingat tapi biarlah kenangan itu mengalir. Alhamdullilah, setiap kejadian ada hikmah. Sekarang aku punyai Suami sebagai sahabat aku dunia akhirat. Baru aku sedar apa erti sahabat.