Hanya keluhan hati resah sahaja dilakukan. Hanya Tuhan dan aku sahaja tahu apa yang tersirat dalam hati. Tidak akan aku luahkan kesemuanya kepada sesiapa. Terkadang aku rasa hampa dengan diri aku sendiri. Banyak sebab untuk aku kongsi, tapi biarlah aku simpan dahulu buat kenangan dalam hati. Aku rasa diri aku macam seorang yang sangat rendah dimata manusia, apentah lagi dimata yang maha pencipta. Sebab pernah seorang berkata, hidup segan mati tak mahu. Walaupun gurauan senda, ia terpalit dihati yang sudah luka.
Hampir 2 tahun terperok dirumah tanpa berbuat apa apa. Sekarang aku cuba untuk bangun semula. Untuk membantu keluarga. Aku cuba buat yang terbaik untuk mereka. Aku cuba sedaya upaya. Ya, mungkin ianya baru tapi malam ini aku betul betul rasa hampa, sedih, duka.
Apabila di temuduga berulangkali, jawapannya sama sahaja. Aku hampa tapi aku redha. Walaupun tidak mengharap ia terjadi, tapi aku cuba terpaksa ia akan terjadi untuk kesenangan keluarga. Aku betul betul rasa hampa.
Dilihat muka anak, aku sedih, hampa, duka. Ibarat aku berada dalam duniaku sendiri tanpa ada sesiapa.Aku rasa macam sudah tidak berguna lagi diri aku untuk si kecil ini. Sepatutnya dia bukan berada dalam masaalah aku. Aku sahaja yang banyak buat masaalah, dan aku akui itu.
Sebenarnya aku tidak layak untuk si dia, aku juga tidak layak untuk wujud didalam keluarga dia. Aku juga tidak layak untuk mengasihi dia. Ia terjadi mungkin takdir Tuhan sahaja.
Aku tidak mampu untuk membuat makanan yang lazat lazat belaka. Aku tidak mampu untuk memasak apa apa. Aku tidak mampu untuk itu.Aku rasa hampa. Walaupun sudah berlalu lama, tetapi masih terpahat dihati. Bila engkau tanya, aku mudah lupa untuk ingat semula. Tapi dikala sedih berduka, pasti aku ingat setiap kata-kata.
Aku tidak sempurna dimata Tuhan dan di mata sesiapa pun manusia. Sehinggakan aku rasa manusia dan orang disekeliling aku adalah lakonan semata-mata. Senyuman yang palsu, gurauan yang palsu, pujukan yang palsu. Sehinggakan aku rasa tidak patut untuk berbaik dengan mereka. Sedangkan pada masa yang sama, aku juga sedang berlakon untuk jadi seperti mereka. Aku cuba yang terbaik.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment