Thursday, October 7, 2021

DARI ROPOL OTAK PART 1

Beberapa tahun lalu..aku abaikan blog sebab facebook ketika itu tengah mencanak naik. Tapi semenjak 3 tahun kebelakangan ini, aku rasa aku kena bloggin semula. Sebab disini aku rasa kesunyian, kesepian dan takda sapa nak kacau disetiap penulisan aku. Mungkin ada beberapa penulisan aku agak toxic. Ada juga yang positif. Ini kerana aku juga manusia.

Bismillah....

3 tahun kebelakangan ni aku dah mula ada tanda-tanda kemurungan. Bermula dari Perintah Kawalan Pergerakkan Pertama mac/2019. Aku berniaga (ni nanti aku citer part lain)..


Sampai satu tahap aku rasa Allah tu tak wujud. Allah tak dengar keluhan aku. Allah tak makbulkan doa aku. Kenapa Allah uji aku sebigini berat. Kenapa itu. Kenapa ini. Kenapa Aku. Kifarah aku?Kenapa ?Kenapa? Aku dah lalui yang berat lagi sebelum ni. Aku berdoa jikalau Allah nak bagi ujian, jangan lah ujian yang berat lagi, aku tak mampu, aku tak kuat. Ketika itu aku banyak salahkan diri sendiri. Aku rasa tak layak untuk dunia fana. Aku bawak sial untuk suami. Aku bawak sial untuk anak-anak. Kifarah aku, tempiasnya kena anak dan suami. Aku tak kuat!!!Aku menjerit!!Aku meraung!!! kau kat mana ALLAH????!!!!!Kembalikan kebahgiaan aku , kembalikan kesihatan aku, kembalikan kekuatan aku. 


Kifarah aku melawan cakap abah mak.
Kena santau.
Kena tutup kedai.
Kena halau dari rumah sewa.
Kena tipu dengan owner rumah sewa baharu.
kena tinggal kedai.
emosi tak stabil.


Tapi...ada 1 yang aku rasa bangga dengan diri aku...selemah-lemah aku, aku masih berbalik pada agama. Banyak persoalan, banyak juga jawapan yang aku cari sendiri. Berbulan aku cari..hingga sekarang, aku masih mencari  point point positif disetiap yang terjadi. Tapi yang pasti Allah nak dengar rintihan aku, sujudnya aku pada Dia. Aku mencari hikmah...Aku alpa...rupanya banyak dah Allah tunaikan setiap permintaan aku..aku je yang tak reti bersyukur. Aku terlupa. Aku tak nampak. 


Aku ingat lagi dulu....masa aku surirumahtangga 24jam..Aku cakap dengan suami, bestnya ada kedai sendiri. kena pulak kedai tu ada playground.Allah tunaikan permintaan aku. Aku doa lagi skali, Ya Allah, bagilah suara anak aku untuk dia petah bercakap,Allah tunaikan. Aku doa, Ya Allah, bestnya kalau ada 2 biji kereta, 1biji buat laki gi kerja, 1 biji buat aku anto amek anak sekolah.Allah tunaikan. Aku doa, ya Allah, kau bagi kesihatan buat emak dan abah aku. Allah tunaikan. Aku doa Ya Allah, bestnya kalau aku berniaga tinggal sekali dengan anak-anak. jadi tak perlu aku kelam kabut ulang alik rumah (anak-kedai), Allah tunaikan jugak!Baiknya Allah pada aku. 


Tapi ada satu lagi permintaan Allah belum tunai...Aku nak ada rumah sendiri. Aku nak anak-anak selesa. Nak aku selesa..Allah masih belum makbul. aku anggap Dia lagi tahu apa yang patut diberi.Skang ni...Kita Jangan putus doa..aku mintak anak-anak doakan untuk aku dan bapaknya. Aku doakan juga laki aku dimurahkan rezki, dapat gaji puluh ribu, dapat bukak syarikat yang kukuh .

Amin ya rab...

Skang ni, emosi aku masih belum stabil. 

hampir-hampir dirujuk pakar psykitri.

Aku hilang ramai kawan.

Aku hilang juga keluarga.


Suami dan anak sentiasa disisi.

i love you suamiku.

syurgaku.

ampunkan isterimu ini kerana tidak sempurna.


salam...

SAYA KEMBALI 7/10/2021

 ALHAMDULLILAH!!!


Lama tak bersiaran....terlupa password. Mujur juga masih simpan email blog, boleh recovery.


saya mulakan bismillah..

Saya akan aktif semula berbicara disini kata hati..

banyak yang nak dilakar...

terlalu banyak.

Kegembiraan, kesedihan, jatuh, bangun, tersungkur, dikhianati.

Allah sebaik perancang.

Tak tahu mana nak mula...

mungkin saya akan mula dengan kisah perniagaan saya..

inshallah.

Welcome back penyu sejuk disebalik cermin.,